Saturday 14 November 2015

PENDAHULUAN

Kemajuan Negara telah membawa kepada perubahan gaya hidup masyarakat yang semakin sibuk dengan kerjaya dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan makanan kepada keluarga setiap hari telah membawa kepada  permintaan yang tinggi terhadap produk mudah guna seperti makanan segera,

Permintaan kepada produk mudah dimasak dan disediakan seperti pes, perencah dan sos semakin meningkat dari tahun ke tahun. Masakan ini menjadi sangat popular pada masa kini kerana ia mudah, cepat, sedap serta lazat untuk disedia dan disajikan.

Dipasaran banyak jenama produk berkenaan timbul samada diusahakan oleh syarikat besar mahupun industri kecil skala rumah tangga. Pes, perencah dan sos masakan untuk masakan nasi goreng telah lama berada dipasaran. Perencah asam pedas, masak hitam dan mi bandung amat diminati masyarakat kerana mudah guna dan sediakan berbanding dengan cara tradisional, selain mudah ianya  dapat disediakan dalam masa yang singkat.

Produk pes yang dihasilkan boleh disimpan pada suhu bilik, di tempat yang bersih dan kering dan tak perlu disimpan dalam peti sejuk. Untuk penyediaannya pula adalah cukup mudah, untuk membuat kuah asam pedas misalnya , pes asam pedas hanyalah perlu dicairkan dengan menambah air pada nisbah yang ditentukan oleh pengeluar. Kuah asam pedas kemudian dipanaskan dan ikan dimasukkan dan dimasak sehingga mendidih. Setelah itu siap dan lauk dapat dihidangkan dalam masa  yang singkat sahaja,

Kini muncul pula pelbagai pes dan perencah di pasaran seperti perencah ikan bakar, tomyam, ikan tiga rasa, sambal tumis nasi lemak serta perlbagai masakan ala Thai.

Muktahir ini pes, perencah dan sos masakan Arab telah menjadi buruan seperti perencah nasi mandi, nasi kabsah dan nasi maglubah.

Tahu kah anda, teknologi memproses perencah, pes dan sos makanan segera ini sederhana sahaja dan mampu disediakan dalam industri skala rumah tangga selain daripada industri berskala IKS.

CONTOH PRODUK DI PASARAN


Image result for PES PERENCAHImage result for PES PERENCAH








VIDEO CARA MASAK NASI MANDI GUNA REMPAH SEGERA CHEF USTAZAH



Cara Masak Step By Step Klik Sini

Cara Packaging Paste


OBEJEKTIF KURSUS

Mendedahkan teknologi menghasilkan pes, perencah dan sos masakan makanan.

Memahami keperluan perundangan dalam menghasilkan pes, perencah dan sos masakan.

Melahirkan usahawan pes, perencah dan sos masakan segera.


MODUL KURSUS

Kedudukan produk, perencah dan sos dalam Peraturan Makanan 1985.

Bahan-bahan yang digunakan dalam pembangunan produk pes, perencah dan sos masakan.

Teknik pembangunan produk pes, perencah dan sos masakan makanan.

Penggunaan zat makanan, kondisioner makanan, bahan perisa, bahan pewarna dan bahan penambah perisa yang dibenarkan dalam pes, perencah dan sos.

Teknik pengawetan pes perencah dan sos tanpa menggunakan bahan pengawet.

Teknik pengawetan pes, perencah dan sos menggunakan bahan pengawet yang dibenarkan.

Teknik pembungkusan pes, perencah dan sos makanan.


PRODUK YANG BOLEH DIHASILKAN

Perencah Ikan Bakar / Rempah Ikan Bakar Segera

Perencah Tom Yam / Rempah Tomyam Segera

Perencah Asam Pedas / Rempah Asam Pedas Segera

Perencah Masakan Hitam / Rempah Masakan Hitam Segera

Perencah Mi Bandung / Rempah Mi Bandung Segera

Perencah Nasi Arab / Rempah Nasi Arab Segera


TARIKH KURSUS

Kursus dijalankan atas permintaan daripada peserta yang berminat.

JANGKAMASA KURSUS

Satu (1) hari.


YURAN KURSUS

Peserta berkumpulan minima 3 orang dikenakan yuran RM 500.00 seorang.(diskaun 20% yuran jika mendaftar bagi Disember 2015 dan Januari 2016)

Peserta perseorangan dikenakan yuran RM 1,000.00 (diskaun 20% yuran  jika mendaftar bagi Disember 2015 dan Januari 2016)

HUBUNGI

e-mail nama, alamat, nombor hp dan tarikh kursus yang dicadangkan kepada kursusahawan@gmail.com atau whattap/sms/call +60139389712





5 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. salam chef ustazah.sy berminat untuk sertai kursus pembuatan paste dan perencah makanan yg diadakan oleh chef ustazah.tp sy lihat iklan terkahir adalah pada 2015.adakah cef ustazah masih menyediakan kursus tersebut?

    ReplyDelete
  3. kursus ni masih wujud lagi ke? Sy berminat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila lawati
      http://wmkfoodindustries.blogspot.my/2015/08/jadual-kursus-asas-teknologi-makanan_23.html?m=1

      Delete
  4. Salam.Ada lagi ker kursus ni.

    ReplyDelete